Dec 30, 2008

Felda Residence & Hot Springs

Esok dari pagi sampai petang akan diadakan family day UTP. Tahun ni tempat yang di pilih adalah di Felda Residence & Hot Springs kat Sungkai Perak kira-kira satu jam lebih drive dari Sri Iskandar. Dah lama aku bercadang nak pi bercuti kat sana nampaknya kali ni jadilah.


Aku mengambil keputusan untuk pergi kesana awal sehari supaya aku dapat berehat sambil bercuti bersama keluarga. Lepas Zuhur aku bertolak ke sana. Dalam perjalanan kami berhenti di R&R Tapah antara tempat yang akan aku singgah untuk makan2 dan berehat bila setiap kali aku lalu area nih. Kali ni kami makan di Shalala Cafe. Boleh tahan jugak nasi lemak rendang kat sini.


Lepas Asar kami sampai ke hotel. Boleh tahan jugak tempat nih kalau tengok dari luar. Lepas check in aku terus ke bilik 106. Bilik lebih besar dari deluxe room di mana-mana hotel. Selepas berehat sekejap aku dan family pusing-pusing area resort nih. Luas kawasannya. Ada kolam air panas dan juga kolam air gunung. Tempat khas untuk merebus telur pun ada.
Di padang banyak kawan-kawan aku yang jadi AJK tengah membuat persiapan terakhir untuk family day esok. Salleh Yaacob pun ada. Rupa-rupanya dia jadi MC untuk acara esok.

1 comment:

SyuQ said...

tempat ni mmg best...