Oct 27, 2010

"Jalang-jalang" di Ganu

Aku berjalan lagi. Ni bukan bercuti tapi untuk urusan kerja. Kali ni aku akan ke Terengganu Darul Iman. Kalau ikut perancangan ada 4 tempat yang perlu aku tuju dalam tempoh 2 hari. Dungun, Kuala Terengganu, Batu Rakit dan Besut. Kira-kiranya aku buat satu pusingan lengkaplah dari Perak - Pahang (Lebuhraya Pantai Timur) - Terengganu - Kelantan (Jalan Timur Barat) dan kembali ke Perak. Jauh tuh tapi takpa hati mesti enjoy baru tak terasa letih badan.


Hari pertama setelah penat memandu lebih dari 6 jam dari Bandar Sri Iskandar, akhirnya sampai juga di Awana Kijal & Golf Resort di Kemaman. Satu hotel yang terletak di pinggir pantai. Rekabentuk hotel yang unik yang berunsurkan senibina Melayu Terengganu dan keindahan pantai yang begitu memukau ermmmmm satu kombinasi yang begitu mendamaikan.

Paka
Sungai Dungun

Jarak perjalanan yang jauh tidak terasa bila melihat pemandangan kampung-kampung nelayan dan pantai yang cantik di sepanjang perjalanan. Memang sah aku sudah terpikat dan terpukau dengan keindahan Terengganu Darul Iman.


Hari kedua aku menginap di Hotel Primula yang terletak di bandar Kuala Terengganu, bersebelahan dengan Pantai Batu Buruk. Di sini aku tengok banyak pelancong asing terutama"Mat salleh" di lobi hotel. Rupa-rupanya sekarang ni ada pertandingan kapal layar yang dianjurkan sempena Monsoon Cup. Patutlah ramai "Mat Salleh" yang dah hangit kulit masing-masing (kulit gelap) di sini.


Sebelum balik ke Perak aku sempat membeli buah tangan wajib Terengganu, keropok di Besut. Kalau ikutkan keropok yang terkenal di Losong tapi memandangkan aku berhenti di banyak tempat lagi baik aku beli keropok di tempat terakhir aku bekerja. Senang sikit lagipun kalau beli awal takut tak tahan lama pulak.

Selamat Tinggal Terengganu. Insyaallah di lain kesempatan aku datang lagi.

No comments: