Dec 9, 2010

Jumpa lagi dengan si dia




Hari Jumaat yang paling ku tunggu. Ikutkan plan asal tepat pukul 5 dah cabut balik Kelantan, tapi di saat-saat akhir banyak lah pula halangannya. Sabar, tak lari gunung nak di kejar.

Selepas semua yang tertunda, tertunggak dan tertangguh  aku settlekan aku mula perjalananan pulang ke kampung di Kelantan dalam suasana senja selepas Maghrib. Drive sorang-sorang balik ke Kelantan ni memang boring lagi-lagi di sebelah malam. Jalan lengang kecuali berselisih dengan lori-lori di tengah jalan. Takde apa-apa yang boleh di lihat tambahan lagi dengan badan yang letih dan mata yang mengantuk selepas penat seharian di pejabat. Berlainan kalau drive disebelah siang. Cantik pemandangannya. Lebih-lebih lagi di awal pagi.

Pada awalnya semuanya berjalan lancar tapi apabila dah masuk area Grik mata mula menjadi bertambah berat. Dah tak boleh buka ni. Aiseyyyy bahaya ni perjalanan masih jauh lagi dan kalau boleh aku nak sampai di Kelantan malam ni jugak. Apalagi mulalah aku makan kuaci dan minum "lembu merah" sambil drive, satu-satunya cara yang aku boleh fokus drive dan mata tak mengantuk. Aku dapat tips ni dari Abg. Man masa aku travel dengan dia dulu ke Terengganu. Tq Abg. Man.

Hujan turun sepanjang jalan bermula dari bandar Gerik lagi. Takleh lah aku nak drive laju-laju macam biasa sebab jalan licin. Selepas lebih kurang 15 minit aku melewati Tasik Banding aku nampak dua bongkah batu besar di tepi jalan, bila tengok kali kedua terkejut besar aku dibuatnya. bukannya batu tapi 2 ekor gajah dewasa rupa-rupanya. Lagi terkejut aku dibuatnya, bukannya 2 tapi berbelas-belas ekor gajah di tepi jalan. Mujurlah takde apa-apa yang tak diingini berlaku. Alhamdullilah aku selamat melepasi hutan di banjaran Titiwangsa.

Ni kali kedua aku terserempak dengan gajah semasa drive di Jalan Timur-Barat ni dalam tahun ni. Alhamdullilah aku selamat sampai di Kota Bharu pukul 1.30pagi

No comments: