Apr 22, 2009

Marriot dan Hilton



Minggu lepas aku berkesempatan untuk menginap di hotel Marriot Putrajaya dan hotel Hilton KL, dua nama besar dalam bidang perhotelan antarabangsa. Jenama Marriot selalunya dikaitkan dengan kemewahan manakala Hilton pula walaupun dikategorikan di dalam hotel mewah tapi lebih sinonim dengan "business hotel'.

Berbalik kepada Marriot Putrajaya, hotel ini berada di lokasi yang begitu ekslusif, terletak di atas bukit dan mempunyau kawasan yang luas. Lanskap sekitarnya direka sebegitu rupa untuk mencerminkan kemewahan jenamanya.

Manakala Hilton KL pula terletak di lokasi yang begitu strategik iaitu di kawasan KL Sentral. Kelebihan ini menjadi sebab utama business traveller untuk menginap di sini.



Dari segi interior dalaman bilik pula aku lebih berpuas hati dengan Hilton KL yang lebih terkini, mewah dan kontemporari walaupun kalau dikira dari segi keluasan tidaklah seluas bilik di Marriot Putrajaya.

No comments: