Apr 7, 2009

Pearl of the orient

Petang Jumaat aku mendapat panggilan dari boss aku untuk mengantikan beliau di sesi taklimat dan latihan data anjuran Bahagian Data MOHE di Sunway Hotel, Georgetown, Pulau Pinang pada hari Isnin.
Selepas balik bercuti dari Pulau Pangkor aku terus pack my travel bag untuk ke sana. Aku bertolak dari Kuala Kangsar pada pukul 5 petang dan selamat sampai di sana lebih kurang pukul 7 malam. perjalanan aku lancar cuma di beberapa tempat hujan turun dengan lebat.






Senang je nak cari lokasi hotel tempat aku menginap. Aku cuma perlu cari jalan ke georgetown dan cari KOMTAR. Sebelum aku bertolak ke sana aku dah search lokasi hotel di internet.


Malamnya aku pusing sekitar hotel untuk cari nasi kandar. Ada 2 kedai nasi kandar bersebelahan , aku pilih kedai nasi kandar Safa yang ramai orang (maybe sedap dan popular). Memang tepat pilihan aku, makanan kat situ memang sedap. Kat situ aku melihat satu adegan yang menunjukkan langkah ke arah satu Malaysia semakin hampir bilamana pengunjung kedai berbangsa Cina berborak dengan Mamak dalam bahasa Cina. Ermmm aku pulak bila lagi nak belajar Mandarin?





Sesi taklimat dan latihan bertukar menjadi sesi taklimat sahaja bila salah satu speaker dari Kuala Lumpur tertinggal flight beliau. taklimat di sampaikan oleh Pengarah bahagian data MOHE. Walaupun taklimat bermula dari pagi sehingga tengahari tapi cara penyampaian beliau membuatkan semua hadirin menumpukan sepenuh perhatian. Aku kena belajar ni. Aku lemah betul dalam teknik-teknik public speking nih. Sesi taklimat habis sepenuhnya pada pukul 1 tengahari.
















Selepas checkout aku pusing-pusing sekitar bandar dan tujuan utama aku ialah kawasan warisan dunia UNESCO. Kalau di lihat dari segi bentuk senibina sekitar bandar ia hampir menyerupai sekitar Jonker Street di Melaka. Banyak lagi bangunan sekitar yang kelihatan usang dan mencacatkan pemandangan mata perlu di baik pulih.



ketika balik dari Lebuh Acheh menuju ke pasar Chawarasta (betul ke sebutan eku nih) aku singgah sekejap di pusat urut orang buta. Untuk khidmat urut kaki selama 45 minit bayaran sebanyak RM25. memang berbaloi.

Aku menamatkan jalan-jalan cuci mata aku dengan singgah di pasar Chawarasta. Di sini banyak terdapat bermacam-macam jenis jeruk dan yang paling terkenal jeruk pala. Borong sakan aku kat sini. Boleh buat buah tangan untuk keluarga dan kawan-kawan di pejabat. Untuk ke tanah besar (Seberang Prai) aku naik feri. Ini pengalaman pertama aku memandu dan menaiki feri di Pulau Pinang.
















Insyaalah kalau ada kesempatan aku akan membawa keluarga aku bercuti di Batu Ferinnggi.

No comments: