tak pandai manage kerja aku betul-betul?
kantoi dalam time management yang selama ni
aku dapat kawal?
penyakit procrastination masih berbaki?
penyakit malas yang menebal?
tekanan dan bebanan kerja yang semakin
bertambah?
bertambah?
Hanya aku yang dapat menentukan yang mana satu yang betul dan mana yang salah. Kena muhasabah diri sendiri, melihat apa yang tidak betulnya dalam kehidupan seharian aku akhir-akhir ini. Prestasi kerja kena sentiasa berada dalam keadaan "tip top". Kerana melalui kerja inilah aku menyara keluarga aku. Walau apa pun aku kena pandai peruntukkan masa berkualiti dengan keluarga. Kerja-kerja jugak tapi jangan sekali-kali abaikan keluarga. Kedua-duanya kena seimbang.

Anyhow aku kena ambil arwah ayah aku sebagai model untuk jadi seorang ayah yang terbaik. Arwah ayah seorang yang garang, tegas, pendiam dan pada masa yang sama seorang yang kelakar dan peramah.
2 comments:
Sifat tegas,garang, kelakar ada pd diri i.ehhehe. Miss that time so much. :).Klaka gamba yan.ehehe. Tp ttp cute..kan3?
kena bagitahu kat Ain dan Salmi suruh komen pic Yan tuh
Post a Comment