Jan 18, 2010

Tazkirah Jumaat: Komen membina




Ada sesetengah kawan-kawan yang sempat singgah di blog aku komen, kenapa asyik post tazkirah Jumaat yang diambil dari artikel orang lain?

Jawapannya senang je, kalau nak jawab secara sempoi aku akan jawab, "ikut suka akulah, ni kan blog aku".

Tapi kalau nak jawab secara sopan dan berhikmah dan penuh berdiplomasi, aku akan jawab, " Ilmu yang aku dapat seboleh-bolehnya aku nak kongsikan bersama, Bukankah bagus kalau kita dapat berkongsi benda-benda yang berguna dan bermanafaat bersama-sama. Aku ni dalam proses untuk belajar jadi apalah salahnya aku cedok sikit ilmu-ilmu dari yang lebih alim dan mengetahui. Takut tersilap nanti dikatakan ajaran sesat pulak.

Apa-apa pun aku akan terus berkongsi tazkirah Jumaat yang aku dapat bersama-sama. Seboleh-bolehnya tazkirah yang aku paparkan di dalam bentuk cerita supaya kesannya lebih kalau dibandingkan tazkirah biasa. Semoga aku mendapat pahala bila benda baik yang baik aku kongsikan itu diamalkan oleh pembaca.


“Aku hanya manusia biasa yang mana pendapat aku mungkin benar dan mungkin salah. Maka telitilah pendapat yang aku kemukakan. Semua pendapat yang selaras dengan al-Qur’an dan al-Sunnah maka ambillah ia manakala yang tidak selaras dengan al-Qur’an dan al-Sunnah, tinggalkanlah.” – Imam Malik bin Anas [Riwayat Ibn ‘Abd al-Barr di dalam Jami’ Bayan al-Ilm, jld. 2, ms. 32.]



No comments: