Sep 2, 2008

2 Ramadhan 1429

Hari pertama keje di bulan posa. Pagi2 lagi aku di bagi senarai panjang dateline untuk submission. Ermm hari permulaan yang baik untuk bulan Ramadhan nih.
Yang paling menarik nya hari ni bagi esok pagi dah nak. Dugaan dugaan...

Pagi ni aku sibuk kan diri untuk settlekan beberapa keje yang tertangguh dari minggu lepas. Lepas settle yang tuh baru start dengan keje2 baru. Selepas sejam kepala dah start pening dengan data2 yang kena compile, dah cari tapi tak jumpa jugak. Kena cari jugak kalau tak nahaslah masa audit datang nanti. Dalam pening2 tuh tertengok status YM Eq. Laa demam rupanya bakal Dr. nih. Sempat jap borak2 dengan dia.

Sekarang nih dah pukul 1.34 tghari sepatutnya waktu rehat tapi aku pulun sakan sebab nak balik pukul 4.30 ptg. Alhamdullilah minggu lepas HRM dah antar e-mail mengenai waktu keje baru di bula posa nih. Ada peluang pi cuci mata kat baazar Ramadhan lah. Kalu pi lewat bersesak2 macam semalam lak. Niat di hati nak cari nasi kerabu dengan ayam percik (tapi tak tahulah kot2 ubah menu masa di baazar nanti).

No comments: