Sep 3, 2008

Satu kematian & Tiga kelahiran


Dua proses yang setiap orang pasti akan tempuhi nanti. Dalam minggu ni aku dapat satu berita kematian dan 3 kelahiran. Semuanya melibatkan kawan-kawan satu pejabat. Pagi semalam aku mendapat berita tentang kematian emak Syam, salah sorang kawan baik aku dan hari ni melalui office intra mail aku mendapat 3 berita baik tentang kelahiran.


Kematian adalah sesuatu yang kalau boleh tak nak langsung kita perkatakan dan sedih bila difikirkan tapi ia akan tetap datang bila tiba masanya. Aku sendiri pernah mengalami satu peristiwa di mana 6 orang dari ahli keluargaku meninggal serentak dalam satu kemalangan jalanraya di LPT. Kalau boleh aku x nak perkara ni terjadi biarlah berlaku pada orang lain tapi Qadha dan Qadar sudah menentukan segala2nya. Selepas peristiwa pahit tuh aku di khabarkan dengan 2 berita gembira kelahiran my little princess dan juga anak saudaraku. Setiap orang pasti akan mengalami kedua2nya.


Sama2 kita sedekahkan ummul kitab Al-Fatihah kepada semua saudara kita yang telah meninggal.

Al- Fatihah

.::Al- Fatehah::.

In the name of Allah, the Beneficent, the Merciful

Praise be to Allah, Lord of the Worlds, (1)

The Beneficent, the Merciful. (2)

Owner of the Day of Judgment, (3)

Thee (alone) we worship; Thee (alone) we ask for help. (4)

Show us the straight path, (5)

The path of those whom Thou hast favoured. (6)

Not (the path) of those who earn Thine anger nor of those who go astray. (7)

2 comments:

eqbalzack said...

sedey lak baca entry zam ni..

sabar k...

Tinta dari Lembah Kinta said...

Ntahlah Eq tetiba teringat kat arwah2 bila bulan posa nih. Kami adik beradik rapat walaupun dok berjauhan